Merancang Untuk Hamil? 5 Perubahan Terhadap Diet Ibu Mesti Lakukan

Kalau anda seorang ibu yang cuba untuk hamil, beberapa perubahan terhadap diet harian perlu dilakukan segera untuk menjayakan kehamilan. Ini kerana, semakin awal anda mengamalkan pemakanan yang baik , semakin tinggi peratusan untuk hamil. Samada lelaki ataupun wanita, kesuburan kedua-duanya sangat berkait rapat dengan pemakanan.

Pasangan yang merancang untuk trying to conceive sebenarnya perlu mengambil berat dan menjaga faktor pemakanan semenjak beberapa bulan sebelum mencuba untuk hamil. Dengan diet yang seimbang selain daripada meningkatkan peluang untuk hamil, peluang lebih cerah untuk melahirkan bayi yang sihat.

 

Persediaan pemakanan untuk ibu yang merancang nak hamil.
Ubah Cara Makan – Ini adalah langkah penting bagi ibu yang trying to conceive mesti buat sebelum hamil.

 

Saya ingat lagi masa mula-mula dah ready nak ada anak, saya beli buku pregnancy untuk dibuat rujukan. Saya dan suami kahwin di usia muda iaitu 22 tahun. Tapi kami on family planning ataupun merancang maklumlah masing-masing pun masih difinal year di universiti. Sorang di Malaysia dan sorang di luar negara.

Jadi bila dah tinggal bersama dan kehidupan dah stabil, barulah kami rasa dah ready nak ada anak. Kami buat persediaan mental dan fizikal seawal yang mungkin. Dan salah satunya ialah faktor pemakanan ataupun diet. Sebab ianya sangat mempengaruhi kehamilan oleh itu ianya tak boleh diambil ringan.

 

5 Langkah Perlu Bakal Ibu Dan Pasangan Ambil Perhatian Semasa On Family Planning Dan Sebelum Trying To Conceive (TTC)

 

1. Memperbaiki Diet

Ubah cara makan kepada diet yang lebih menyihatkan dan seimbang. Amalkan makan pelbagai jenis makanan daripada pelbagai kategori yang terdiri daripada pelbagai warna dan rasa. Contohnya seperti buah-buahan , sayur-sayuran , bijirin seperti roti gandum, dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti yogurt, keju, dan susu setiap hari.

Amalkan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral yang menggalakkan kesihatan sistem peranakan dan kesuburan. Vitamin dan nutrien tertentu seperti vitamin C, Vitamin E, Zink dan Asid Folik boleh membantu memperbaiki fungsi seksual lelaki dan wanita, dan menggalakkan penghasilan sperma yang sihat dan juga telur ovum yang kuat.

 

Kuatkan sperma dengan Zink dan Vitamin E dengan selenium.
Vitamin E dengan selenium dan Zink boleh menguatkan sperma lelaki.

 

Bagi wanita, kekurangan nutrien boleh menjejaskan kitaran bulanan haid, menyebabkan kesukaran untuk meramalkan ovulasi. Tambahan, ovulasi kemungkinan tidak berlaku sekiranya kehilangan berat badan berlaku secara drastik ataupun badan terlalu gemuk. Bagi lelaki, kualiti sperma pula mungkin berkurang dan tak cukup kuat bertahan hingga persenyawaan berlaku.

 

2. Diet Yang Sepatutnya Dielakkan

Alhokol, Dadah, Rokok

  • Elakkan minum alkohol, menggunakan dadah dan juga merokok. Ini kerana 3 perkara ini sangat mempengaruhi perkembangan fetus dalam kandungan. Bahan-bahan yang terkandung dalam 3 benda ini boleh menjadi dadah ataupun perosak yang merencatkan pertumbuhan normal dan seterusnya membahayakan fetus.
  • Bahan-bahan ini juga boleh merosakkan kualiti sperma dan ovum. Semua orang impikan bayi yang dilahirkan adalah sihat dan sempurna sifat. Mesti anda dan pasangan pun tak terkecuali kan?

Kafein

  • Kurangkan juga pengambilan kafein. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa pengambilan kafein boleh menghalang penyerapan zat berkhasiat secara berkesan ke dalam sistem badan ibu. Seterusnya menyebabkan bayi kekurangan zat penting yang diperlukan untuk berkembang dengan baik. Kalau suka sangat minum kopi, ambil sehari 1 cawan saja cukup lah!

 

Minum kopi masa mengandung
Dulu masa pregnant anak ke 3 saya suka minum kopi sambil makan nasi lemak masa breakfast pagi hihi

 

Ikan

  • Ibu hamil memang bagus makan ikan sebab ikan kaya dengan DHA yang baik untuk perkembangan otak bayi. Tapi memang ada ikan yang perlu dielakkan sebab mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Merkuri boleh berkumpul dan kekal selama lebih daripada setahun dalam badan. Elakkan makan ikan jerung (shark), ikan parang (swordfish), ikan king mackerel dan lain-lain.
  • Sebaliknya makan ikan yang mempunyai kandungi merkuri rendah seperti salmon sekali atau 2 kali seminggu. Pastikan makan ikan yang sudah dimasak untuk lebih selamat.

Daging Proses

  • Makan daging secara berpada-pada masa mengandung. Sebaiknya makan daging yang sudah dimasak walaupun ianya adalah sosej dan burger. Elakkan makan daging yang separuh masak atau tak dimasak.

 

3. Ambil Makanan Tambahan

Kita boleh dapat pelbagai zat dan nutrien daripada pemakanan harian tapi ianya belum betul-betul cukup dan seimbang. Sebab proses penyediaan makanan dan memasak tu sendiri kadang-kadang dah menyebabkan sebahagian vitamin telah musnah. Ibu yang nak hamil sepatutnya kena pastikan badan sentiasa dapat zat yang terbaik sebagai persediaan nak bawa bayi dalam kandungan.

 

Set vitamin cadangan untuk ibu hamil, berpantang dan menyusu
Set viitamin cadangan untuk ibu mengandung

 

Belum diambil kira faktor kesibukan bekerja, tak sempat makan, tak sihat menyebabkan tak lalu makan dan sebagainya. Jadi pengambilan supplement dapat pastikan kita tak kekurangan vitamin dan mineral utama terutamanya Asid Folik yang sangat penting untuk membantu menjayakan kehamilan.

Supplement bukanlah pengganti makanan sebenar. Jadi ibu tetap kena jaga pemakanan. Pastikan vitamin yang diambil adalah selamat daripada sumber semulajadi dan mengandungi dos yang sesuai untuk ibu hamil serta tak memudaratkan kandungan seperti Set Vitamin Ibu Hamil Shaklee.

 

4. Dapatkan Folik Asid Secukupnya Sekurang-Kurangnya 400 Mikrogram Sehari

Asid Folik telah terbukti dapa mengurangkan risiko bayi terkena kecacatan saraf tulang belakang (neural tube defect) seperti spina bifida dan juga mengurangkan risiko serangan jantung, strokes, cancer dan juga diabetes. Setiap wanita diperingkat umur layak hamil, sepatutnya perlu dapatkan 400 mikrogram (mcg) ataupun 0.4 mg Asid Folik setiap hari.

 

Elakkan kecacatan kelahiran neural tube defetcs.
Mommies mesti nak baby yang lahir sihat dan sempurna kan? Kita boleh cuba ikhtiar elakkan risiko ini daripada terjadi.

 

Kalau dalam sejarah keluarga ada yang pernah lahir dengan neural tube defects ataupun mengambil ubat sawan, anda mungkin perlu ambil lebih Asid Folik lebih kurang 4000 mcg ataupun 4mg setiap hari bermula sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil sehinggalah ke penghujung trimester pertama.

Dan kalau anda mengandung anak kembar, juga perlu ambil lebih Asid Folik iaitu dengan kiraan 400mcg Asid Folik untuk setiap bayi.

Banyakkan makan makanan yang kaya dengan Asid Folik seperti sayuran berdaun hijau macam sawi dan bayam, buah-buahan sitrus, kekacang, makanan berlegum ataupun ubi, bijirin dan roti. Asid Folik adalah vitamin larut air, jadi badan akan kumuhkan lebihan vitamin yang tak digunakan keluar daripada badan.

So tak perlu risau kalau terlebih ambil Asid Folik. Namun, Asid folik cepat musnah dalam masakan berair. Jadi guna kaedah steam ataupun guna sikit air masa masak untuk kekalkan kandungan Asid Folik.

Peringatan: Bagi sesetengah wanita, terlebih pengambilan Asid Folik boleh menyembunyikan kekurangan Vitamin B12 yang mana selalunya berlaku pada pengamal vegetarian. Rujuk doktor jika anda rasa berisiko mengalami keadaan ini.

 

5. Kekalkan Berat Badan Ideal

Kurangkan sikit berat badan ataupun tambahkan berat badan sekiranya perlu sebelum merancang untuk mengandung. Sebolehnya biar kehamilan berlaku ketika berat badan adalah paling idea. Kekurangan berat badan ataupun terlebih berat badan boleh menyebabkan susah untuk mengandung.

Wanita yang obesiti pula lebih berisiko mengalami komplikasi kehamilan. Wanita yang kurang berat badan pula selalunya melahirkan bayi yang rendah berat badan.

 

Pre-pregnancy weight
Jadi sebelum plan nak mengandung, kena lah rajin-rajin exercise supaya badan lebih sihat dan berat badan lebih ideal.

 

Bila dah ubah diet pemakanan dengan pemakanan rendah lemak, kaya fiber, mulakan juga rutin bersenam. Kalau anda terlebih berat badan, target untuk kurangkan berat badan secara konsisten. Elakkan penurunan berat badan yang mendadak sebab ini boleh memberi kesan kepada simpanan nutrisi penting dalam badan. Dan ini bukan cara yang baik untuk mulakan kehamilan.

 

All the best kepada mommies dan pasangan yang merancang nak dapatkan zuriat. Semoga ikhtiar penjagaan dan persediaan daripada segi pemakanan daripada mula, membantu menjayakan percubaan untuk hamil dan seterusnya melahirkan baby yang sihat dan bijak.

Boleh hubungi saya di 019 269 2301 untuk dapatkan set vitamin kesuburan antaranya Vitamin E Complex, Zink Complex dan GLA Complex sekiranya ingin meningkatkan tahap kesuburan anda dan pasangan. Sekiranya dah hamil, belum terlambat untuk dapatkan daripada set vitamin kehamilan ataupun set berpantang antaranya seperti Vita-Lea, B Complec, Vitamin C, Soy Protein, Ostematrix (kalsium) dan juga Omega Guard (minyak ikan).

Pengambilan vitamin yang berasaskan bahan semulajadi adalah lebih baik baik berbanding vitamin daripada sumber sintetik yang diperbuat daripada bahan kimia. Ini adalah antara langkah penting untuk pastikan bakal ibu mengandung dan bayi menjalani tempoh kehamilan dengan lebih aihat, selamat, rendah risiko dan menggembirakan.

Ok good luck mommies and enjoy your pregnancy 🙂

 

 

Hubungi saya untuk dapatkan produk di atas berserta diskaun 15-25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang,

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

This Post Has 4 Comments

  1. sangatlah penting untuk seorang perempuan mengambil diet yang betul untuk memudahkannya hamil.
    MNH recently posted…NAURA DRESSMy Profile

    1. Bukan perempuan saja sebenarnya tapi para husband juga hihi

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu