15 Peranan Penting Suami Ketika Isteri Mengandung Agar Tempoh Kehamilan Berjalan Indah

Ibu mengandung sangat memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Sebab tu lah peranan suami ketika isteri mengandung adalah sangat penting agar dapat memastikan tempoh kehamilan berjalan dengan indah. Kerjasama suami yang baik selama 9 bulan 10 hari sepanjang isteri membawa kandungan, dapat membantu ibu dan bayi dalam kandungan untuk lebih sihat dan berkembang dengan normal.

Macam saya dulu, sepanjang pregnant memang perasan emosi tu lebih mudah tersentuh ataupun terusik. Lebih sensitif lah senang cakap. Mungkin sebab perubahan hormon yang mendadak dalam badan, ditambah pula dengan simptom-simptom pregnancy tu macam loya, pening, mual, cepat letih membuatkan badan rasa lemah dan tak larat je. Bila badan rasa tak OK, minda pun merasakan yang sama. Moody dan selalu takde mood!

 

Peranan penting suami ketika isteri hamil
Sangat penting bagi suami mainkan peranan mereka masa isteri tengah hamil. Baru lah isteri boleh nikmati tempoh mengandung yang indah 😉

 

Tapi tu lah Alhamdulillah setiap kali mengandung, suami saya jadi lebih prihatin. Dia cuba layan kerenah saya dan cuba ambil hati saya. Dalam masa sama dia cuba alihkan fokus saya daripada tanda-tanda kehamilan yang sedang saya alami tu. Jadi secara tak langsung memang sangat membantu saya rasa lebih tenang dan happy. Baru lah rasa seronok nak enjoy the pregnancy moment gitu 😀

Namun begitu, tak semua suami tau peranan apa nak buat masa isteri mengandung. Mungkin sebab ini pengalaman kali pertama ataupun kurang ilmu. Jadi, saya nak share apa peranan penting yang suami boleh lakukan supaya nanti isteri rasa wahhh mengandung itu indah! Gitu hihi 😀

 

Peranan Penting Suami Terhadap Isteri Hamil

 

1. Menjaga perilaku dan tutur-kata terhadap isteri agar isteri rasa lebih tenang, gembira dan disayangi. Sekiranya berlaku krisis, selesaikan segera dengan tenang.

2. Menjaga pancaindera daripada perkara-perkara tidak baik dan berlaku jujur dengan isteri.

3. Peka dengan keadaan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan. Bawa isteri untuk rutin pemeriksaan bulanan di hospital serta pastikan isteri mendapat rawatan sepatutnya dengan segera sekiranya terdapat isu kesihatan.

4. Menambahkan ilmu berkaitan kehamilan, penjagaan bayi, penjagaan isteri dalam berpantang, keibubapaan, keagamaan, bagaimana menghadapi saat kelahiran isteri dan cara menyambut anak yang baru lahir.

5. Peka dengan perubahan fizikal isteri dan bantu isteri melakukan tugasan harian agar beban isteri lebih ringan. Elakkan isteri daripada melakukan pekerjaan yang berat dan membahayakan diri sendiri serta kandungan.

6. Peka dengan perubahan mental (psikologi) serta emosi isteri. Berikan lebih perhatian, simpati dan kasih-sayang terhadap isteri. Banyakkan bercakap perkara-perkara yang baik-baik seperti memberi nasihat dan menyeronokkan bersama agar isteri lebih kuat semangat dan jiwanya.

7. Menyediakan keperluan mencukupi kepada isteri supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan yang lebih mudah dan selesa seperti pakaian ibu mengandung, sandal yang selesa untuk tumit, krim perut, pregnancy/ maternity pillow untuk bantu isteri tidur dengan lebih selesa dan sebagainya.

8. Pastikan isteri mengambil pemakanan seimbang dan cukup zat penting serta Asid Folik setiap hari. Set vitamin untuk ibu hamil seperti protin soya, kalsium, DHA, multivitamin, B Complex dan Vitamin C membantu memastikan isteri mendapat cukup vitamin dan mineral penting untuk kesihatan ibu dan perkembangan yang baik bayi dalam kandungan.

9. Sediakan kepeluan bersalin dan berpantang serta kelengkapan bayi baru lahir yang mencukupi contohnya set bersalin, minyak urut, lampin pakai buang, bengkung, pakaian bayi, infant car seat, pam susu, minyak telon, kain napkin dan sebagainya.

10. Berhati-hati dan berlemah-lembut sekiranya melakukan hubungan jimak dengan isteri disepanjang tempoh kehamilan.

11. Jangan menceraikan isteri ketika mengandung. Islam mengharamkan menceraikan isteri ketika mengandung kerana boleh mengganggu fikiran dan perasaannya serta memberi kesan pula kepada anak dalam kandungan.

12. Memahami tambahan beban yang ditanggung isteri dan sentiasa berlapang dada untuk memaafkan kekurangan dan keterbatasan isteri.

13. Berkongsi dan berbincang rancangan menyambut kelahiran bayi seperti persiapan shopping barangan bayi (isteri mesti excited nak beli baju yang comel-comel!), kewangan, hospital mana nak lahirkan anak, nama bakal anak dan sebagainya.

14. Sekiranya berpantang sendiri, siapkan jadual ataupun sistem serta senarai resepi makanan dalam pantang supaya dapat menguruskan anak-anak yang lebih besar dengan lebih teratur, menguruskan rumah tangga dan memasak untuk isteri dalam pantang.

15. Dan antara yang paling penting, meningkatkan amalan kerohanian seperti solat hajat, berzikir, membaca Al-Quran serta berdoa untuk kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan. Ini juga membantu menguatkan jiwa anak yang bakal dilahirkan.

 

Itu dia semua perkara yang secara asas dan amnya kebanyakan suami mesti lakukan. Suami yang sangat menghargai dan menyayangi isteri mesti boleh buat punyalah semua ni! Dan rasanya kebanyakan suami memang buat pun kan. Tapi isteri pun perlu faham kadang-kadang ada suami yang jarang ada di rumah sebab tuntutan kerja ataupun ada suami yang memang tak tau. Jadi mommy pun boleh bagitau dan educate daddy 😉

Tapi untuk pastikan tak terlupa, boleh print dan tampal je di dinding bilik. Boleh isteri tolong ingatkan juga kalau-kalau suami terlupa. Semoga dengan keikhlasan dan keprihatinan suami melayan isteri masa mengandung, kesihatan isteri lebih baik dan anak yang dilahirkan sihat sempurna. Malah kebahagian dan kesejahteraan keluarga lebih utuh, insyaAllah! 🙂

 

 

Hubungi saya untuk dapatkan produk berserta diskaun 15-25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang 🙂

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

This Post Has 2 Comments

  1. saya sudah 6 bulan tak datang period lagi asyik datang lendek putih kuning je

    1. Saya cadangkan elok jumpa dengan doktor untuk pastikan apa masalah sebenar 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu