16 Ayat Boleh Cakap Kepada Ibu Keguguran, Anak Meninggal Dalam Kandungan

Bila berhadapan dengan seorang ibu yang baru saja keguguran, kehilangan anak dalam kandungan sebelum sempat dilahirkan, ataupun anak yang dilahirkan meninggal sebaik saja lahir ke dunia, semestinya lidah terasa kelu tak tahu nak cakap apa. Kan?

Sedangkan nak cakap satu ayat pun rasa susah takut nanti menyinggung hati si ibu pulak. Apatah lagi nak cakap banyak-banyak. Ibu tu sedang mengalami perubahan emosi yang turun naik macam gelombang ombak yang ganas. Jadi kalau boleh memang nak elak daripada tersalah cakap.

 

Berhadapan ibu yang kematian bayi? Ketahui 15 ayat boleh cakap kepada ibu yang kehilangan anak dalam kandungan
Always on mind, forever in heart <3
My stillborn baby after a few hours born. No cry, no movement, no smile. He looked as like he was in a very deep sleep.

 

Alhamdulillah saya ibu kepada sepasang anak yang sihat. Seorang boy dan seorang girl. Tapi sebelum tu, 7 tahun lalu saya pernah mengalami kehilangan anak masa usia kandungan dah cecah 38 minggu 2 hari. Anak sulung saya tiba-tiba je meninggal dalam perut. Unexplained stillbirth.

Baby first saya tu boy. Merupakan cucu sulung kedua-dua belah keluarga dan juga cicit sulung sebelah keluarga suami. Semua orang tertunggu-tunggu kelahiran baby ni. Perasaan saya masa hadapi semua tu? Oh, rasa macam separuh nyawaku dibawa pergi. Pedih sangat. Rasa macam dalam mimpi. Tak percaya. So surreal.

Saya ambil masa nak pulihkan emosi dan semangat saya. Sokongan orang sekeliling terutamanya suami sangat membantu saya sepanjang tempoh recuperating (pemulihan). Samada anda adalah suami, ahli keluarga, saudara-mara ataupun kawan-kawan, kalau berdepan dengan ibu yang baru kehilangan anak dalam kandungan ataupun keguguran, boleh jadikan points yang saya kongsikan di bawah sebagai panduan:

 

1. Innalillah. Takziahโ€ฆ

Ucapan takziah ataupun innalillah, sebenarnya adalah ‘hadiah’ untuk meringankan bebanan perasaan yang dialami ibu. Bila kita beri ucapan ini, secara tak langsung kita beritahu si ibu yang kita sedar dengan dugaan yang melanda dan turut berkongsi rasa sedih.

 

2. Semoga awak sabar dan tabah

Berikan kata-kata doa kepada ibu supaya lebih tabah, sabar, redha dan bersangka baik dengan ketentuan Allah. Sudah pasti ada hikmahnya atas setiap perkara yang berlaku. Ini membantu ibu untuk pelan-pelan menerima takdir dan melepasi fasa denial secepat mungkin.

 

3. Bertuahnya awak ada ahli syurga, jelesnya saya!

Anak yang meninggal dah berada disyurga (sebagai orang Islam kita percayakan ini) dan menunggu untuk memberi syafaat dan tarik ibubapa dia ke syurga pulak nanti. Bukan semua orang dapat anugerah macam ni.

 

4. Lepas ni awak fokus untuk sihat semula, nanti boleh bagi Adik pulak ok ๐Ÿ™‚

Bagi ibu, setiap anaknya tu adalah perfect dimata dia dan takde siapa boleh ganti tempat tu. Beritahu ibu untuk jaga kesihatan diri baik-baik, banyakkan rehat, elakkan stress dan jangan sesekali putus asa. Lepas ni boleh cuba lagi untuk conceive dan boleh beri Adik kepada kakak/ abang yang meninggal tu.

 

5. Itโ€™s ok, memang ramai ibu yang pernah alami keguguran

Katakan kepada si ibu, keguguran dan kejadian bayi meninggal sebenarnya pernah dialami oleh ramai ibu lain. Ada yang pernah alami bukan sekali tapi berkali-kali! Tapi lepas tu masih dapat lahirkan anak-anak lain yang sihat-sihat. So, you are not alone. Dan jangan sesekali rasa serik!

 

6. Fikirkan yang positif dan yang baik-baik saja

Ada ibu meninggal semasa melahirkan tapi bayinya selamat. Lagi kesian kalau berlaku macam ni. Sebab bukan saja baby terpaksa membesar tanpa ibu. Tapi mungkin juga anak-anak yang lebih besar yang dah faham erti kehilangan. Bayangkan, suami terpaksa uruskan rumah tangga dan anak-anak sendiri? Sekurang-kurangnya ibu masih ada suami dan anak-anak di sisi dan boleh cuba untuk hamil lagi.

 

7. Saya faham apa awak rasa sebab saya pun pernah mengalaminya

Kalau anda ada pengalaman yang serupa atau hampir sama, boleh kongsikan dengan si ibu. Bila dengar pengalaman orang lain boleh buat ibu rasa lebih tenang dan selesa. Boleh juga kongsi pengalaman orang lain yang anda kenal.ย  Kalau anda takde pengalaman, boleh cuba point di bawah niโ€ฆ

 

8. Iโ€™m here to listen and I can lend you my shoulder for you to cry on

Benarkan ibu untuk meluahkan kesedihannya. Kadang-kadang bukannya ibu tak boleh menerima atau tak faham erti qada dan qadar. Tapi bila sedih sangat, ada ibu rasa perlu bercakap dan luahkan segala apa yang dia fikir dan rasa. Just for the sake of saying it. Biarlah dia merintih. Masa tu emosi ibu mengatasi fikiran.

Sebab ibu tu sendiri nak cuba kawal emosi dan hindarkan daripada bersedih pun susah tak tahu nak hentikan macam mana. Macam saya dulu terfikir kalau lah ada ubat boleh turn-off rasa sedih tu kan senang. Memang letih menangis ni. Tapi bersedih ni adalah proses pemulihan yang normal.

Jadi pendengar yang baik. Lepas habis dia cakap, barulah boleh ingatkan ibu untuk bersabar, banyakkan istighfar, bersolat dan berdoa. Secara tak langsung anda bantu kawal emosi ibu agar tak sedih berlebihan dan berpada-pada melayan perasaan.

 

Scan baby di klinik masa pregnancy check-up
Kali pertama scan perut masa mengandung anak pertama, sangat teruja! I already fell in love with you since the first time I saw you although only in black and white!

 

9. Allah beri dugaan hanya kepada mereka yang mampu

Dugaan setiap orang berbeza-beza. Allah memberi ujian mengikut kemampuan masing-masing. Katakan kepada si ibu untuk buktikan yang dia boleh ‘lulus’ ujian ini dengan baik. Anda boleh kongsikan kisah-kisah dugaan yang lebih besar menimpa orang lain agar ibu lebih redha dan bersyukur kerana kehilangan anak dengan cara yang baik.

 

10. JANGAN bertanya macam-macam soalan

Memanglah kita sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Tak salah nak tanya bagaimana baby boleh meninggal. Tapi tak perlu lah tanya banyak-banyak dan mempertikaikan apa yang dah berlaku. Contohnya:

  • Takkan lah tak rasa ada pergerakan baby ke tak?
  • Kenapa tak pergi hospital cepat?
  • Takkan tak dapat kesan apa-apa yang rasa pelik sepanjang mengandung?
  • Kalau tak mesti baby ada lagi sekarang kan?
  • Kalau takโ€ฆ Kalau takโ€ฆ Kalau takโ€ฆ Kenapa… Kenapa… Kenapa…

Eh banyaknya!

Cukup-cukup lah. Lagi baik tak payah tanya apa-apa. Mesti ingat. Setiap bayi sebelum lahir lagi dah ditetapkan bila lahir dan bila tiba ajalnya. Sekiranya ibu ambil tindakan berbeza, ajal baby tetap sampai pada waktu dan ketika itu.

 

11. JANGAN salahkan ibu atau bapa baby

Setiap anak yang lahir adalah bersih dan suci daripada dosa. Jangan sesedap mulut menghakimi dengan mengatakan dugaan yang diterima adalah sebagai balasan dosa-dosa lalu. Ataupun mengatakan sebab-sebab yang tak munasabah yang menjadi punca kenapa ianya terjadi contohnya:

  • Ni mesti sebab ibu suka makan sushi dan buah-buahan sejuk. (Hmmm…)
  • Ni mesti sebab menurun daripada sepupu kepada mak saudara kepada suami yang pernah keguguran juga. (Tang mana yang berkaitnya entah?)
  • Ni mesti sebab makna nama yang nak diberi tu berat sangat baby tak sanggup nak bawa nama tu. (Pun boleh?)

Apa pun sebabnya itu adalah rahsia Allah. Lebih baik galakkan ibu dan bapa yang bersedih untuk memandang kejadian daripada sudut positif.

 

12. ELAKKAN buat lawak secara tiba-tiba yang takde kena-mengena

Ada seorang kawan saya buat seolah-olah macam takde apa yang berlaku bila bercakap dengan saya. Siap buat lawak lagi. Mungkin dia rasa nak alihkan fikiran saya daripada teringatkan baby. Tapi masa tu saya masih betul-betul difasa awal kesedihan. Lawaknya tak kena masa. Memang takde rasa nak tergelak. Lebih baik kongsikan empati dengan si ibu, itu lebih baik dan menghormati perasaan ibu.

 

13. Awak ambil lah sebanyak mana masa awak nak tapi jangan lama-lama sangat untuk naikkan semangat balik!

Merawat hati yang terluka sebab kehilangan orang yang tersayang memang ambil masa. Tempohnya berbeza-beza ikut individu. Ada yang beberapa hari saja, ada yang berminggu dan ada yang berbulan-bulan mahupun tahun. Tapi kalau boleh janganlah terlalu lama sangat.

Ingatkan ibu untuk tingkatkan amalan rohani untuk pemulihan dalaman, jaga pemakanan, jaga kesihatan, bersenam, pergi bercuti, banyakkan rehat, sibukkan diri dengan hobi, buat perkara yang menyeronokkan dan sebagainya. Semua ni dapat bantu ibu untuk bounce back to normal secepat mungkin.

Berpantang kali pertama dulu memang bosan sebab takde baby. Duduk rumah asyik terkenang dan terbayangkan kehidupan yang saya harapkan (tapi tak kesampaian) bersama baby di rumah. Jadi saya betul-betul berpantang selama 2 minggu saja. Lepas tu saya dah mula travel. Memang seronok!

 

14. Saya hadiahkan buku ni untuk awak baca, best sangat!

Walaupun saya berpantang tanpa baby di sisi tapi ada juga kawan-kawan yang beri hadiah. Ada sorang kawan hadiahkan buku berpantang. Dia kata saya mesti cuba resepi berpantang yang sedap-sedap dalam buku tu. Nanti boleh cepat sihat.

Ada kawan yang hadiahkan selimut dan mainan untuk baby (sebab diorang dah beli awal-awal dan niatkan untuk baby saya). Diorang kata simpanlah nanti boleh guna untuk Adik kepada arwah baby. Saya rasa macam diorang memberi harapan kepada saya untuk mengandung lagi. Saya rasa seronok sebab dapat merasa seperti diraikan macam ibu-ibu lain yang baru lepas bersalin walaupun baby saya dah takde.

 

15. Saya belikan makanan yang awak suka, sedap tau!

Ibu yang tengah bersedih selalunya rasa tak nak buat apa-apa pun apatah lagi nak masak, melainkan rehat dan tidur saja. Jadi bila ada orang belikan makanan kegemaran yang sedap-sedap, ibu mesti rasa happy. Sebab makan itu menggembirakan hihi ๐Ÿ˜€ Walaupun berpantang tapi sebenarnya banyak je makanan yang sedap-sedap ibu berpantang boleh makan.

Tak perlu strict sangat. Benarkan ibu untuk enjoy the extraordinary confinement period without a baby dengan cara tersendiri. Bila ibu happy, hormon gembira banyak dihasilkan dan boleh mengurangkan stress serta kesedihan ibu. Eh tapi janganlah cowboy sangat langsung tak macam orang baru lepas bersalin. Ingat, pemulihan fizikal dalaman kena jaga!

 

16. Kalau awak rasa dah bersedia, boleh lah move on

Sebelum bersalin, saya dah siapkan rumah dengan barangan bayi termasuklah set up baby cot, bakul baju dan lampin, bouncer dan lain-lain. Hanya selepas hampir sebulan bersalin baru saya bersedia nak kemas dan simpan semula semua equipments tersebut. Selimut baby yang digunakan pada arwah baby pun hanya selepas sebulan baru saya basuh. Iaitu masa saya dah bersedia nak let it go dan move on.

Kalau ibu tersebut kali pertama bersalin, boleh kongsikan cara untuk akses support group seperti forum, group online atau offline, nombor contact doctor pakar sakit puan dan sebagainya untuk ibu berbincang, berkongsi cerita, mendapatkan konsultasi dan mendapatkan maklumat. Ini sangat membantu ibu untuk menguatkan lagi mental dan emosi serta fizikal sebagai persediaan sebelum mengandung sekali lagi.

 

Bayi meninggal semasa 9 bulan dalam kandungan
AAQ. 14 Mei 2008 – 14 Mei 2008. Yamanashi, Jepun ~ My late first child who never born to live, instead made his way straight to Jannah, Alhamdulillah!

 

Generally ini lah sebahagian point-point penting yang dapat saya kongsikan daripada perspektif seorang ibu yang pernah merasai sendiri pengalaman kematian anak. Setiap ujian adalah berbeza-beza bagi setiap individu dan bagaimana setiap ibu menangani kesedihan masing-masing juga adalah berbeza-beza. Jadi, anda boleh gunakan 16 points ini sebagai panduan. Ubah suai ikut keadaan dan situasi sebab mungkin ada yang sesuai dan ada yang tak.

Untuk ibu-ibu yang mengalami keguguran, kehilangan anak yang dikandung sebelum sempat dilahirkan ataupun bayi meninggal sebaik saja dilahirkan walaupun dah cukup 9 bulan 10 hari mengandung, ingatlah anda adalah ibu bertuah kerana terpilih untuk memiliki ahli syurga.

Kita selalu risau macam mana lah nasib anak-anak kita bila kita dah takde nanti. Tapi sepatutnya kita perlu lebih risau bagaimana dengan nasib mereka bila mereka dah takde nanti. Bersyukurlah kerana arwah bayi anda pergi dengan cara yang terbaik tanpa secalit dosa.

Berbaloi lah dengan harga kehilangan yang perlu dibayar. Sebab syurga tu mahal harganya. Sabar lah ibu. Suatu hari nanti pasti bertemu juga di sana, insyaAllah ๐Ÿ™‚

This Post Has 34 Comments

  1. Saya suka this wording “Untuk ibu-ibu yang mengalami keguguran, kehilangan anak yang dikandung sebelum sempat dilahirkan ataupun bayi meninggal sebaik saja dilahirkan walaupun dah cukup 9 bulan 10 hari mengandung, ingatlah anda adalah ibu bertuah kerana terpilih untuk memiliki ahli syurga.
    Kita selalu risau macam mana lah nasib anak-anak kita bila kita dah takde nanti. Tapi sepatutnya kita perlu lebih risau bagaimana dengan nasib mereka bila mereka dah takde nanti. Bersyukurlah kerana arwah bayi anda pergi dengan cara yang terbaik tanpa secalit dosa.
    Berbaloi lah dengan harga kehilangan yang perlu dibayar. Sebab syurga tu mahal harganya. Sabar lah ibu. Suatu hari nanti pasti bertemu juga di sana, insyaAllah. ” Amin

    1. Terima kasih Nur Elan singgah blog saya. Saya selalu ingat ayat tu sebagai motivasi untuk diri sendiri bila teringat anak sulung. Setiap ujian Allah beri ada hikmah dan ganjarannya. Tapi kalau kita tak pandang positif mesti susah nak nampak. Kan? ๐Ÿ™‚

  2. Assalamualaikum
    Saya juga pernah mengalami stillbirth baru2 ni dan bayi sy merupakan putera sulung sy.. sy bknla jenis cepat lekat juga tapi sy yakin segala ketentuan Allah..
    pengalaman saya mengandung dan melahirkan putera kesayangan sy, hanya Allah shj yg tau. memandangkan keluarga dua2 Belah tiada history spt sy, sume terkejut. Ada yg memahami Ada juga yg slhkan amalan sy mengandung.. Dan persoalan yg sy sndr pon x bleh nk jwb.
    Walaubagaimanapun sy Dah pon melepasi saat2 itu dan moga2 sy terus kuat dan berfikiran positif.
    sy dan suami happy kerana Ada yg mengatakan putera sy itu wildan syurga yg menunggu kami nnti. InsyaAllah..
    Tipu lah sy tidak bersedih walaupun sudah 3bln berlalu. Bl rindu, kt ziarah kuburnya dan ingt Allah.. ๐Ÿ™‚
    Semoga kita sentiasa dekat dgn Allah dan bersyukur di atas nikmat dan rezeki yg diberi. Ujian hanya utk org yg mampu.. InsyaAllah alhamdulillah..

    1. Waalaikumussalam Puan Ummi, tahniah sebab dah jadi ibu dan terus terima ahli syurga! Allah dah beri sebaik ini. Alhamdulillah! Apa lagi yang seorang ibu nak harapkan kan? Saya selalu anggap ini hadiah daripada Allah untuk ibu-ibu terpilih macam kita. Memang rindu tapi setiap yang jadi mesti ada hikmah. Allah akan limpahkan lagi rahmat dan kasih-sayang berganda-ganda untuk orang yang sabar dan redha, insyaAllah. Moga puan cepat-cepat sihat rohani jasmani dan cepat-cepat dikurniakan Adik kepada si Abang nanti. Amin! ๐Ÿ™‚
      Hazrina Nasir recently posted…6 Perkara Ibubapa Perlu Ingat Dalam Mendidik Dan Membesarkan Si Manja TersayangMy Profile

      1. InsyaAllah ameen. Terima kasih atas kata2 smgt. ๐Ÿ™‚

  3. terima kasih sis atas p’kongsian ini..1stly takziah sy ucapkan..saya juga baru kehilangan putera sulung yg di tunggu2 ..bru 10 hari selama 10 hari b’pantang..selama 29week pd mulanya baby slow movement keesokannya pagi pegi check hsptal ..no fetal heart seen,sy redha..dgn p’kongsian sis ini m’beri sedikit semangat utk sy..

    1. Assalamualaikum,

      Sama-sama sis Nufa. InsyaAllah nanti ada rezeki lagi nak menimang cahayamata. Semoga terus kuat semangat ye ๐Ÿ™‚

  4. assalamualaikum…

    takziah pada mereka yang pernah mengalami..n tahniah juga sbb ada anak syurga..ssy juga seperti anda..punya 4 anak syurga yg menanti alhamdulillah…bekalan disana..ssaham sudah ada….kandungan sy yg ke 4 baru sy berjaya mempunyai anak setelah 3x megalami kehilangan dan yg ke3 anak kembar pergi juga….kini putera hati mengijak 1 tahun alhamdulillah…alfatehah untuk putera puteri mama disana…

    1. Waalaikumussalam,

      Alhamdulillah ganjarannya manis untuk orang yang sentiasa sabar dan bersangka baik dengan ketentuan Allah. Bertuahnya sis Wana ada bukan sorang tapi 4 anak menunggu disyurga. Anda memang kuat! Semoga anak yang ada membesar sebagai anak soleh, insyaAllah ๐Ÿ™‚

  5. Dah terasa lega dah baca..
    Semoga anak2 kita bisa bawa kita nanti di surga allah..

    1. Semoga kita berusaha jadi insan yang bertakwa demi mengejar syurga Allah, insyaAllah ๐Ÿ™‚

  6. Tq sis..info yg brguna utk semua lbh2 lg kpd sy sbb dh pnh mengalami nya. Sy pn sama mcm sis. Bb dlm kndungn meninggal sewaktu usia 38 mgu. Hanya Allah je yg tau prasan sy waktu tu. Alhamdulillah skng ni dh 2bln sy semakin menerima dan redha diatas ketentuan illahi

    1. Sama2. InsyaAllah semoga kesihatan sis makin baik dan akan dikurniakan anak-anak yang soleh solehah dimasa akan datang. Allah akan beri bila tiba masanya. Teruskan berdoa ๐Ÿ™‚

  7. sy juga baru kehilangan anak ke2 seorang puteri yg dinanti2kan.anak yg pertama putera.selama 6 tahun menanti kehadiran anak ke2.hari ni genap 40 hari berpantang.bersendirian..baby meninggal diusia kndungan 7 bulan..redha n sabar krn Allah tlh merancang yg terbaik buat kita..beruntungla krn kita terpilih olehNya menerima anugerah yg hebat ini..

    1. Tahniah sis ana kerana dianugerahkan ahli syurga. Syukur sekurang-kurangnya kita masih diberi peluang mengandung dan masih ada anak yang lain. Percayalah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Hugs ๐Ÿ™‚

    2. Salam…saya pula baru 2 hari kehilangan puteri saya yang ke 2 selepas 6 tahun…baby meninggal di usia kandungan 23 weeks..puas juga saya memujuk hati ni agar tidak terus bersedih tetapi kadang2 emosi menguasai diri…rindu datang mengusik jiwa…teringat2 rasa sejuk baby yang saya kucup untuk terakhir kali…moga diri ini terus diberi ketabahan untuk menghadapi dugaan dari Allah ini…ameen…

      1. Salam. Bila anak yang berkongsi satu nafas dengan kita pergi meninggalkan kita, rindu tu sudah semestinya. Moga sabar dan tabah menghadapi kehilangan. Saya doakan agar ada lagi rezeki anak untuk sis pada masa akan datang insyaAllah. Selamat berpantang dan semoga semangat cepat pulih.

  8. saya pernah miscariage, waktu tu baru 2 bulan pregnant

    1. Didoakan ada rezeki untuk mengandung lagi pada masa akan datang dan dikurniakan anak-anak yang bijak dan sihat.

  9. Saya baru lepas bersalin,tetapi i.u.d it meant stillbirth,babyt meninggal dlm perut.mase mengandung saya menghadapi mslh darah tinggi.bt still continue de medication.semenjak 2hari ni kaki saya sakit dan menggigil.saya memang pantang tapi kerja rumah terpaksa buat.nak jaga anak.kaki saya 2cam tak tenaga.saya risau.sblm salin pun berlaku juga.tlg nasihatkan

    1. Takziah puan. InsyaAllah ada banyak hikmah disebalik kehilangan. Saya cadangkan puan buat check up lanjut dengan doktor terlebih dahulu untuk kenalpasti punca kenapa jadi macam tu. Mungkin ada kaitan dengan darah tinggi, mungkin hanya masalah saraf dan sebagainya. Kalau dah tau punca dan nak berikhtiar dengan supplement, saya boleh beri cadangan supplement shaklee yang sesuai.

  10. 10 tahun penantian akhirnya dimakbulkan Allah hujung thn lepas. Memandangkan umur dah 45 thn & ada fibroid di luar rahim jadi ingat tak dapat dah. Punyalah happy kami suami isteri bila dapat tahu berita ini. Namun Allah itu berkuasa….diambilnya kembali masa kandungan 4 bulan. Sedih tak terkata sbb bukan senang nak dpt & faktor umur. Doktor pulak suruh buang rahim sbb tiba2 byk pulak fibroid masa mengandung & masa gugur darah byk keluar sampai masuk 4pain darah. Lgpun doktor kata dah faktor umur tak bagi ngandung. Sedih amat lah sedih sampai mood raya nie pun hilang. Hanya gbr dia sbg pengubat rindu…nasib ada gbr dia. Kawan2 sekolah seramai 7 org pregnant dah selamat melahirkan anak2 mereka…mmg terpikir…”Kenapa aku? Sbb aku yg susah nak dpt anak.” Kata2 drpd rakan2 spt yg disenaraikan tue mmg ada yg bagi semangat tapi entahlah. Emosi mmg tak stabil..tak tahu sampai bila.

    1. Salam Puan, tq sebab singgah di blog saya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Allah tak uji melebihi kemampuan hambaNya dan setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Selagi bernafas, hidup kita sentiasa diuji. Sedar tak sedar, susah senang, ada anak takde anak, sihat sakit semuanya ujian. Cumanya bila kita berada dibawah kita lebih mudah ingat kepada Allah. Percayalah Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNya. Keep strong, keep positive, keep being grateful for each and every little blessing that Allah bestowed upon us. Dan setiap ujian yang Allah beri, kita pilihlah untuk ambil pengajaran yang baik-baik. Moga-moga kita sentiasa jadi orang yang beruntung. Ini ingatan untuk diri saya sendiri. Saya kongsikan dengan puan. Saya faham susahnya menerima takdir. Semoga Allah tingkatkan keimanan kita kerana percaya dengan qada dan qadar. Give time to yourself puan. Because time will heal. I believe you know better and you could do better puan, insyaAllah. Hugs. ๐Ÿ™‚

  11. I came to your blog and it helps me a lot healing my soul.I lost my beautiful baby girl last month, she alived only for 8 hours.She is our first child.So hard to believer but I have to move on.I’m not alone.Always believe that Allah has another beautiful plan.
    Xx

    1. Salam Shahnaz. I’m sorry for your lost. Although you must be feeling surreal but I really hope you are recuperating well. Yes, we have no choice except to move on. It has been 8 years I’ve lost mine but I do feel the ache of missing him every once in a while. This is the pain we have to endure but Allah is so kind that he puts our angels already in Jannah. We are so blessed aren’t we? We always plan but Allah is the best planner and He knows best. Alhamdulillah. I hope my words soothe you a bit. Smile! ๐Ÿ™‚

  12. Asalamualikum… sy baruuu jaaa kehilangan ank yg dikandung 5 bulan dlm perut andd yes she is my first baby๐Ÿ˜Š..my husband put her name is jannah.. sbnarnya saya tgh search cra berpantang bg ibu kehilangn ank dlm kdgn..terima kasih ats penulisan nyaa..โค๏ธMake sense and buat sy sedar kita lg beruntung๐Ÿ’ช๐Ÿพโค๏ธ

    1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah kalau penulisan ni memberi manfaat. Moga Ira cepat sihat dan mengandung lagi insyaAllah. Enjoy the moment ye. Allah nak beri lebih lagi masa berdua sebelum ada ramai anak ๐Ÿ™‚

  13. Menangis saya baca ni.. Saya pun baru kehilangan bby pertama saya, Adawiyah Afiaa. Allah bagi pinjam dia pada saya 4 hari je didunia ni.. Xsempat dgr tangisan dia, xsempat tengok dia senyum. Mudah2an sy boleh bertemu dia di syurga.. Harini (1/4/2018) hari ke8 Adawiah Afiaa pergi tinggalkan sy dan suami. Moga sayang tenang disana ya..mommy dan abi rindu kamu sangat2…

    Sblum ni pun sy pernah keguguran seawal hamil 10minggu. Masih tiada rezeki saya nak menimang anak sendiri. Allah knows best.

    1. Alhamdulillah atas segalanya. Allah tahu apa yang terbaik dan sentiasa memberi yang terbaik. Walaupun pahit dan sukar untuk terima tapi bersangka baik dan bergembiralah. InsyaAllah ganjarannya tinggi bagi orang yang sabar. Hugs. Take care dear.

Leave a Reply to Sarah Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu