Surah Bacaan Ketika Mengandung Dan Doa-Doa Khusus Untuk Anak Dalam Kandungan

Ramai ibu dah maklum dengan surah bacaan ketika mengandung tapi masih ramai ibu yang belum tahu ada doa-doa khusus untuk anak dalam kandungan yang sangat baik diamalkan sepanjang kehamilan. Saya ingat lagi masa sebelum mula trying to conceive (TTC) kali pertama dulu, saya buat persediaan dengan mecari sebanyak mungkin ilmu dan maklumat berguna. Antaranya ialah amalan-amalan yang perlu diamalkan oleh ibu hamil.

Doa-doa ni saya dapat daripada pelbagai buku dan sumber. Saya salin semua dan compile dalam satu buku nota kecil warna merah. Jadi dah lebih kurang 8 tahun buku tu saya simpan. Surah-surah dan doa-doa ini baik diamalkan bukan saja masa mengandung tapi juga dijadikan doa amalan lepas solat. Sebab setiap ayat dalam Al-Quran ada banyak fadhilat dan bukan saja baik untuk anak-anak tapi untuk kesejahteraan dalam hidup.

 

Surah dan doa amalan untuk bacaan ibu hamil
Surah amalan untuk ibu hamil

 

Sekarang saya nak share pula dengan ibu-ibu diluar sana. So, kalau ada antara doa-doa ni yang belum pernah tau boleh lah tambah dan amalkan ye. Nak senang, print je infografik di atas. Nanti boleh tampal di dinding dan senang nak tengok tiap-tiap hari 😉

 

Surah Amalan Ketika Memgandung Untuk Dibaca Oleh Ibu Dan Bapa Bayi

 

1. Surah Al-Fatihah

Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

 

2. Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

 

3. Surah At-Taubah

Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat

 

4. Surah Yaasin

Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

 

5. Surah Al-Hujurat

Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

 

6. Surah Luqman***

Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati

 

7. Surah Yusuf***

Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya

 

8. Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi

Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi

 

9. Surah Al-A’raf (Ayat 189)

 

10. Surah Al-Nahl (Ayat 78)

Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin

 

11. Surah Al-Imran (Ayat 38)

Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah

 

12. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)

Doa memohon rahmat

 

13. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)

Doa memohon keampunan Allah

 

14. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)

Doa agar anak tetap mengerjakan solat

 

15. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)

Doa agar anak patuh kepada perintah Allah

 

16. Surah Al-Furqan (Ayat 74)

Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati

 

***Ketika membaca Surah Yusuf dan Surah Luqman, suami boleh letakkan tangan di perut isteri bila kandungan berusia 7 bulan sebab pada masa ini otak bayi sedang membesar dan bayi cepat menangkap bunyi yang didengari daripada luar perut.

 

Lagi baik, rajin-rajin lah memperbanyakkan membaca Al-Quran daripada sebelum hamil dan diteruskan walaupun sudah melahirkan. Bukan hanya fokus pada surah-surah tertentu saja dan terus berhenti baca Al-Quran bila dah bersalin. Sebab setiap ayat dalam Al-Quran mengandungi pelbagai fadhilat oleh itu, adalah baik membaca Al-Quran secara istiqomah.

Bukan tu saja, ibu juga boleh tambahkan amalan rohani lain seperti memperbanyakkan zikir, solat hajat, solat taubat,berdoa dan sebagainya. Setiap amalan yang baik dapat membantu membentuk peribadi yang baik terhadap anak dalam kandungan.

Sebenarnya ada banyak lagi doa yang patut ibu hamil amalkan. Macam doa agar kandungan sihat dan selamat dilahirkan, doa hilangkan sakit semasa hampir bersalin, doa agar dimudahkan proses bersalin dan sebagainya. Nanti saya kongsikan dalam entry yang lain ok 😉

Jemput baca dan ketahui vitamin penting untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan sepanjang tempoh kehamilan dalan entry ini, Pilihan Vitamin Terbaik Untuk Ibu Hamil Hadapi Tempoh Kehamilan Dengan Lebih Sihat.

 

 

Share The Love,

Hazrina Nasir

Shaklee ID 951 651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu