Amalan Rohani Ibu Hamil Dan Doa Khusus Setiap Kali Selepas Solat 5 Waktu

Amalan rohani dan doa khusus yang diamalkan oleh ibu hamil bukan saja pada setiap kali selepas solat 5 waktu tapi juga pada setiap masa adalah sangat penting dalam menentukan tingkah-laku anak yang bakal dilahirkan. Amalan kerohanian dan adab adalah satu cara mendidik anak sejak daripada dalam kandungan lagi. Ibu bapa sepatutnya menitik beratkan aspek ini dan buat persediaan awal dalam usaha melahirkan anak yang soleh dan solehah.

Bila dah bersedia nak menimang cahaya mata, ibu bapa perlu fikirkan tentang masa depan anak yang bakal dilahirkan. Ramai orang berdoa agar dikurniakan anak yang baik. Tapi apa yang penting bukan setakat menginginkan tapi kita perlulah berusaha untuk membentuk sifat-sifat baik ini sejak anak dalam kandungan. Contohnya bapa kepada Imam Abu Hanifah yang mendidik anaknya 40 tahun sebelum kelahiran anaknya.

Ternyata anak ini menjadi seorang ulama yang sangat hebat iaitu Imam Abu Hanifah, pengasas Mazhab Hanafi.

 

Amalan Rohani Ibu Hamil

 

Masa anak masih dalam kandungan, sangat digalakkan ibu bapa memperbanyakkan amalan-amalan yang baik supaya dapat memberi kesan positif kepada pembentukan jiwa anak. Sebab bila janin berusia 4 bulan, roh telah ditiupkan dan bayi sentiasa alert dengan perlakuan ibu bapa. Saya kongsikan beberapa amalan kerohanian asas yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung sepanjang tempoh kehamilan:

 

1. Banyakkan Berdoa

Selalulah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh dan solehah. Sekurang-kurangnya setiap kali lepas solat 5 waktu siang dan malam, boleh baca doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung di bawah ni.

 

Doa khusus untuk ibu hamil amalkan baca setiap kali selepas solat 5 waktu
Doa khusus untuk ibu hamil amalkan baca setiap kali selepas solat 5 waktu

 

Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhkanlahlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada kesembuhan melainkan dengan penawarMu. Ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W.

 

Bercakap tentang doa ni, boleh amalkan Surah Bacaan Ketika Mengandung Dan Doa-D0a Khusus Untuk Anak Dalam Kandungan. Doakan juga agar dipermudahkan proses bersalin ketika hampir melahirkan dan bila dah bersalin berdoa agar dipercepatkan kesembuhan. Pendek kata, doakan semua yang baik-baik untuk anak dan juga diri-sendiri selalu. Jangan berhenti berdoa.

 

2. Memperbanyakkan Taubat Dan Istighfar

Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan beristighfar, Allah akan mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumah tangga termasuklah anak dalam kandungan. Ibu bapa boleh melazimi Solat Taubat dan membanyakkan memohon keampunan daripada Allah. Ada 2 doa yang boleh diamalkan iaitu:

  • Doa Memohon Keampunan Dosa – Surah Al-Imran Ayat 192-194
  • Sayyidul Istighfar Untuk Keampunan Dosa

 

3. Berpuasa Sunat

Bagi para suami atau bapa bayi, digalakkan banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya seminggu 2 hari atau 1 hari pada Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah).

Amalan berpuasa sunat ni digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa bayi sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria A.S. Ibu juga boleh amalkan berpuasa hanya sekiranya tidak menjejaskan kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan.

 

4. Tidak Bercakap Yang Sia-Sia

Semasa mengandung, samada isteri ataupun suami mestilah memelihara tutur kata dengan tindak bercakap yang sia-sia. Apatah lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, memfitnah, mengadu-domba dan sebagainya.

Sebaliknya basahkanlah lidah dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah. Dalam Surah Al-Imran Ayat 38-41 terdapat kisah tentang peristiwa Allah membisukan Nabi Zakaria A.S selama 3 hari dengan bertujuan mendidik beliau agar tidak bercakap yang sia-sia.

Sebenarnya bukan tu saja tapi sangat besar dan banyak pengajarannya daripada kisah yang disebutkan dalam Al-Quran ini. Jadi jangan ambil ringan tentang menjaga adab bukan saja tutur kata tapi segala perlakuan kita sebab ianya sangat mempengaruhi peribadi bayi yang dikandung.

 

5. Banyakkan Membaca Al-Quran

Semasa mengandung, surah yang digalakkan untuk dijadikan amalan bacaan ialah Surah Al-Fatihah, Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yusuf, Surah Hujurat, Surah Yaasin, Surah At-Taubah dan Surah An-Nahl serta doa-doa khusus seperti yang saya kongsikan dalam entry Surah Bacaan Ketika Mengandung Dan Doa-D0a Khusus Untuk Anak Dalam Kandungan.

Imam Syafie semasa dalam kandungan, ibunya sentiasa membaca Surah Al-Fatihah dan Surah Yaasin dan menyeru kandungannya supaya memahami apa yang dibacanya. Sebab tu tak hairanlah Imam Syafie boleh hafal Al-Quran 30 juzuk sejak umurnya 7 tahun, sebab sejak dalam perut ibu lagi beliau telah mula belajar Al-Quran.

Ternyata lepas lahir, Imam Syafie membesar menjadi seorang ulama yang sangat hebat. Jadi, ibu-ibu banyakkan lah membaca Al-Quran bukan saja semasa hamil tapi berterusan sampai lah bila-bila. Didik anak untuk berpegang dan beramal dengan Al-Quran sejak kecil lagi.

 

Jadi para wanita sekalian kalau inginkan anak yang berperibadi mulia, mulakan daripada sekarang! Walaupun masih anak dara dan belum kahwin ataupun dah kahwin tapi belum mengandung, adalah sangat penting mempraktikkan peribadi mulia supaya suatu hari nanti benih yang kita hasilkan adalah sangat baik dan berkualiti.

Amalan kerohanian dan akhlak yang baik sebaiknya diamalkan setiap masa bukannya masa mengandung saja. Bila dah jadi ibu bapa, sangat perlu tingkatkan lagi kualiti diri sebab kita ada tanggungjawab besar iaitu mendidik anak-anak agar menjadi hamba yang beriman, bertakwa dan bersyukur kepada Allah.

Jemput baca dan ketahui nutrien penting diperlukan ibu hamil dan bayi dalam kandungan sepanjang tempoh kehamilan dalam entry, Pilihan Vitamin Terbaik Untuk Ibu Hamil Hadapi Tempoh Kehamilan Dengan Lebih Sihat.

 

 

Share The Love,

Hazrina Nasir

Shaklee ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

This Post Has One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu