Senarai Semak: Pemakanan Ibu Hamil Semasa Trimester Pertama, Kedua Dan Ketiga

Amalan pemakanan sihat dengan dengan pengambilan nutrisi yang betul semasa trimester pertama, trimester kedua dan trimester ketiga oleh ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan adalah sangat penting untuk menjamin kesihatan ibu dan bayi sehinggalah sampai hari untuk bersalin. Bahkan zat dan nutrien yang dimakan oleh ibu mengandung ini sangat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sempurna dalam kandungan.

 

Khasiat Penting Buat Ibu & Janin

 

Nutrien penting untuk ibu mengandung bagi setiap trimester sepanjang tempoh kehamilan
Nutrien penting untuk ibu mengandung bagi setiap trimester sepanjang kehamilan

 

Perkembangan janin cukup bergantung kepada pemakanan ibu. Jadi sekiranya mahu melahirkan bayi yang sihat, ibu hamil perlu mengamalkan pemakanan yang baik. Pastikan mengambil makanan segar yang bergizi seimbang daripada pelbagai sumber dan elakkan mengambil makanan yang diawetkan. Bagi memastikan anda mengambil khasiat yang tepat untuk perkembangan janin sepanjang tempoh mengandung ni, boleh semak senarai di bawah:

 

Trimester 1

Zat Untuk Otak

Pada trimester pertama, janin yang dikandung sedang menjalani proses pembentukan otak, sistem saraf, jantung dan organ-organ reproduksi. Zat-zat berikut sangat diperlukan ketika ini:

1. Asid folik – Ia mempunyai peranan besar dalam proses pembentukan sistem saraf pusat termasuk otak. Sumber asid folik antara lainnya ialah sayuran berdaun hijau, limau, epal, kacang soya dan tempe.

2. Asid lemak tak tepu – Selain asid folik, perkembangan janin ketika ini juga memerlukan bantuan dari asid lemak tidak tepu. Sumbernya adalah seperti ikan tenggiri, ikan kembung, ikan tuna dan ikan tongkol.

3. Vitamin B12 – Bagi memastikan sel tubuh janin yang telah terbentuk berfungsi normal, tubuhnya memerlukan vitamin B12. Ia berfungsi menjaga fungsi sel sum-sum tulang belakang, sistem saraf dan salur pencernaan. Contoh sumber vitamin B12 adalah hasil tenusu, kacang soya, tempe dan tauhu.

 

Trimester 2

Zat Untuk Pertumbuhan

Pada trimester ini, perkembangan janin begitu pesat jadi ia memerlukan zat-zat penting berikut:

1. Protein – Waktu ini janin sedang membentuk sel baru dan mempertahankan sel yang sudah sedia terbentuk. Janin juga sedang dalam pembentukan berbagai struktur organ seperti sistem pertahanan tubuh dan sel-sel darah merah yang kesemuanya memerlukan zat protein. Maka ambillah makanan dari daging merah, telur, tempe dan tauhu.

2. Vitamin A – Proses metabolisme yang berkaitan dengan penglihatan serta pembentukan sistem saraf memerlukan vitamin A. Keperluan vitamin ini boleh dpenuhi dengan mengambil ayam, daging, lobak dll.

3. Kalsium – Zat ini diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi janin, juga untuk si ibu sendiri. Sumber kalsium antara lain adalah yogurt, bayam rebus, limau dan roti gandum.

4. Zat besi – Bagi membentuk sel darah merah sebagai alat mengedarkan oksigen ke seluruh tubuh ibu dan janin maka zat besi diperlukan. Sumber zat besi yang terbaik adalah daging lembu, daging ayam, ikan bawal dan udang segar.

5. Vitamin D – Ia diperlukan untuk memperbaiki penyerapan kalsium dan membantu keseimbangan mineral di dalam darah. Sumber vitamin D antaranya adalah ikan salmon, ikan kering dan susu.

 

Trimester 3

Zat Untuk Proses Bersalin

Dalam trimester ini, ibu hamil harus menyiapkan tenaga yang cukup untuk melalui proses bersalin. Selain untuk perkembangan janin yang cepat ketika ini ia juga untuk menyediakan diri dengan proses bersalin dan penghasilan air susu ibu.

1. Kalori – Penambahan kalori diperlukan pada 20 minggu terakhir kehamilan. Bagi memenuhi keperluan kalori yang meningkat, anda boleh memperolehinya dengan mengambil karbohidrat dalam bentuk nasi dan roti, kentang, gula, kekacang, biji-bijian dan susu.

2. Vitamin B6 – Bagi menjalankan lebih dari 100 reaksi kimia yang melibatkan enzim, tubuh memerlukan vitamin B6. Vitamin ini banyak berperanan dalam pembentukan senyawa kimia penghantar antara sel saraf. Beberapa makanan sumber vitamin b6 adalah hati lembut, daging ayam panggang, nasi putih dan pisang.

 

Selain zat-zat yang disebutkan, terdapat zat lain yang diperlukan untuk mencukupkan keperluan ibu hamil. Antara lain adalah vitamin C, zink dan sodium. Untuk memenuhi keperluan nutrien harian ibu mengandung, amalkan memakan aneka jenis sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai rasa dan warna. Tukar menu yang berlainan sekerap mungkin dalam seminggu.

Untuk memastikan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh ibu dan bayi mencukupi, amalkan mengambil makanan tambahan untuk ibu mengandung bagi mengelakkan kelompongan nutrisi dalam diet harian.

 

 

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu