Siapa Perlu Makan Vitamin?

Assalamualaikum,

 

Makin ramai orang ambil makanan tambahan ataupun vitamin sekarang ni. Dah jadi macam trend dah. Tapi masih ramai juga lagi yang masih skeptikal dengan vitamin ataupun makanan tambahan ni. Tapi perlu ke ambil vitamin ni sebenarnya? Siapa yang sebenarnya kena makan vitamin ni? Bukan orang sakit je ke kena makan vitamin? Saya sihat je buat apa nak membazir duit beli vitamin?

Perlu ke makan vitamin?
Vitamin VS Makanan Sebenar

 

Masih ramai sebenarnya yang tak faham kenapa pentingnya pengambilan vitamin dalam diet harian. Yelah tiap-tiap hari kita dah makan makanan berkhasiat, ada nasi, sayur, buah. Tak cukup lagi ke? Lagipun makan pil-pil ‘ubat’ banyak-banyak ni kan tak bagus boleh merosakkan buah pinggang? Eh betul ke boleh rosakkan buah pinggang? Takutnya!

 

Adakah Vitamin Satu Keperluan?

 

Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut, apa kata anda cuba baca terlebih dahulu dengan teliti soalan-soalan yang saya senaraikan di bawah:

  1. Adakah anda mengambil makanan segera ataupun makanan yang telah diproses? (fast food, French fries, bijirin segera, hidangan segera yang sedia dimakan, makanan yang mengandungi lemak, gula dan garam yang tinggi)
  2. Adakah anda selalu mengamalkan diet?
  3. Adakah anda wanita yang merancang untuk berkahwin dan mempunyai anak?
  4. Adakah anda mengandung atau menyusukan bayi?
  5. Adakah anda mengelak daripada mengambil produk tenusu?
  6. Adakah anda mengalami masalah tekanan darah tinggi?
  7. Adakah anda berminat untuk kemungkinan menghindari kebanyakan penyakit yang selalunya disalah anggap sebagai penyakit yang disebabkan oleh ketuaan?
  8. Adakah anda mengalami selsema beberapa kali dalam masa setahun?
  9. Adakah anda terdedah kepada pencemaran air dan udara?
  10. Adakah anda memperuntukkan sedikit masa untuk aktiviti di luar rumah ataupun terdedah kepada pancaran matahari?
  11. Adakah anda termasuk dalam golongan warga emas?
  12. Adakah anda salah seorang wanita yang mengambil pil perancang kehamilan?
  13. Adakah anda mengambil ubat-ubatan samada yang disarankan oleh doktor ataupun yang boleh didapati di farmasi?
  14. Adakah anda orang dewasa?
  15. Adakah anda mempunyai penyakit kronik?
  16. Adakah anda mengalami kemurungan, tekanan ataupun kerisauan
  17. Adakah anda seorang yang makan kerana rasa dan keselesaan berbanding dengan makan kerana nutrisi?
  18. Adakah anda tahu berapa gram fiber yang anda makan setiap hari?
  19. Adakah anda terpengaruh dengan iklan apabila anda membeli makanan?

 

Ok cukuplah 19 soalan tu je 😀

Sekiranya anda menjawab YA! bagi kebanyakan soalan di atas, ini juga bermakna YA! Anda perlukan vitamin! Pengambilan vitamin boleh memberikan peningkatan tahap kesihatan yang pasti amat dihargai oleh tubuh badan anda. Ada banyak cara zat-zat penting sekiranya diambil secara optimum boleh mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan yang sememangnya sangatlah berharga.

Kenapa dan mengapa pentingnya ambil vitamin? Nanti saya share dalam entry-entry yang akan datang lah ok 😉

 

 

Your Trusted Shaklee Independent Distributor,

Hazrina Nasir (ID 951651)

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu