Infografik: Senarai Barang Keperluan Bayi Dan Ibu Untuk Dibawa Ke Hospital Bersalin

Bila kehamilan dah masuk trimester ketiga, ibu hamil dinasihatkan untuk siapkan beg yang diisi dengan barangan yang terdapat dalam senarai keperluan bayi dan ibu untuk dibawa ke hospital bersalin. Walaupun belum cecah tempoh matang (full term) 37 minggu, tapi sangat penting untuk standby beg hospital sebagai persediaan sekiranya terpaksa bersalin awal.

Banyak kes dimana walaupun ibu tiada masalah sepanjang tempoh mengandung dan kehamilan tiada risiko tinggi, tapi ada perkara yang tak dijangka tiba-tiba terjadi. Contohnya bila kejadian kecemasan seperti ibu terjatuh ataupun perkembangan kandungan tidak memberangsangkan, ibu mungkin terpaksa bersalin awal waktu supaya tak mengancam nyawa ibu dan bayi.

 

Barang yang perlu dibawa oleh ibu ketika hendak bersalin di hospital
Apa yang perlu dibawa dalam beg ibu dan bayi semasa nak pergi ke hospital bersalin?

 

Kalau kehamilan yang berisiko rendah pun doktor atau nurse dah pesan sediakan beg hospital, ibu-ibu yang mempunyai kehamilan yang berisiko tinggi ataupun mempunyai komplikasi semasa hamil, lagilah kena buat langkah berjaga-jaga. Ini supaya ibu boleh bertindak pantas kalau apa-apa kemungkinan berlaku demi keselamatan ibu dan baby dalam perut.

Ibu yang pernah bersalin di hospital mesti dah tau apa nak bawa. Tapi kalau ibu yang kali pertama nak merasa pengalaman bersalin ataupun ibu yang dah lama bertahun-tahun rehat daripada melahirkan anak, mesti taktau atau ingat-ingat lupa apa nak sumbat dalam beg tu. Ok, perkara paling utama ialah sediakan 1 beg untuk ibu dan 1 beg untuk bayi.

Kemudian boleh sediakan barang-barang keperluan ibu dan bayi seperti yang tersenarai dalam infografik di bawah. Senarai barang ni mungkin ada yang berbeza-beza ikut keperluan individu, keadaan dan situasi. Tapi secara umumnya ini lah barang-barang yang perlu mommy, mama, mak, bonda prepare untuk dibawa ke hospital nanti.

 

Senarai barang untuk dibawa ke hospital semasa hendak bersalin
Senarai barang keperluan yang mesti dibawa semasa ke hospital bersalin.

 

Kuantiti barang yang nak dibawa tu bergantung kepada berapa lama kena stay di hospital. Selalunya lepas 1 malam duduk di hospital dah boleh balik kalau kesihatan ibu dan bayi memuaskan. Bawalah barangan lebih sikit tapi tak perlulah banyak sangat. Kalau tak cukup nanti suami atau family boleh bawakan kemudian.

Beg untuk ke hospital tu pula, kalau dah siap kemas pastikan sentiasa letak di tepi pintu masuk rumah. Supaya tak tercari-cari kalau nak terus ke hospital. Boleh grab je terus! Dan andaikata nak pergi berjalan-jalan hatta dekat sekalipun, bawa beg ibu dan beg bayi bersama-sama dalam kereta.

Sebab setiap proses bersalin bagi setiap anak berbeza-beza. Ada yang lambat tapi ada juga baby yang tak sabar-sabar nak jenguk dunia. Tengah shopping tiba-tiba air ketuban pecah, dan-dan tu jugak sakit ya amat. Haa kan haru kalau tak bersedia.

Tapi biasalah ibu-ibu mengandung ni selalu terlupa terutamanya bila dah dihujung kehamilan. Jadi para suami perlulah ambil tahu lebih tentang keadaan isteri. Selalu bantu, ingatkan dan jaga isteri dengan lebih perhatian.

Anda mungkin berminat dengan entry ini:

6 Persediaan Sebelum Rancang Untuk Hamil Dan Nutrien Penting Untuk Tingkatkan Kesuburan.

Set Bersalin Untuk Pemulihan Dalaman Secara Semulajadi Ibu Dalam Pantang.

Last but not least, ibu-ibu mesti tahu apakah tanda-tanda nak bersalin. Ini penting supaya boleh pergi ke hospital segera sekiranya dah tiba masa nak melahirkan. Persediaan awal membantu memudahkan proses bersalin dan seterusnya ibu boleh menikmati tempoh berpantang dengan lebih tenang.

 

Hazrina Nasir

ID 951 651

SMS/ Whatsapp www.wasap.my/60192692301

 

This Post Has 5 Comments

  1. Tq atas perkongsian

  2. thanks. info yg sangat berguna

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu