Demam Kepialu: Apakah Typhoid, Tanda-Tanda Jangkitan Dan Cara Pencegahan Penularan Penyakit

Dah beberapa hari keluar berita di TV dan akhbar serta kecoh di media sosial terutamanya Whatsapp dan Facebook tentang peningkatan kes demam kepialu ataupun typhoid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Apakah tifoid ni? Apa tanda-tanda jangkitan dan macam mana cara pencegahan penyakit ni?

Semua orang dinasihatkan untuk berhati-hati dan cuba mengelakkan punca-punca yang boleh memberikan risiko jangkitan.

Eh risau juga ni kalau Ketua Pengarah Kesihatan pun dah bagi warning. Bukan penyakit biasa-biasa ni dan of course boleh mengancam nyawa. Sejak bulan Ogos 2015 wabak ni dikesan mula menular di KL terutamanya di kawasan Titiwangsa yang mencatatkan bilangan kes tertinggi. Tapi setakat ni belum ada kematian dilaporkan.

 

Apakah demam kepialu, cara penularan penyakit, tanda-tanda dan gejala serta bahaya penyakit ini?
Ambil tahu apakah dia demam kepialu, tanda-tanda penyakit dan kenapa penyakit ini sangat bahaya

 

Apakah Demam Kepialu (Typhoid/ Tifoid)?

 

Punca Demam Kepialu

 

Demam kepialu ataupun tifoid adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang mencemari makanan atau minuman.

 

Apakah Gejala/ Tanda-Tanda Demam Kepialu?

 

Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala diantara 1 hingga 3 minggu selepas mengambil makanan atau minuman yang dicemari bakteria Salmonella typhi. Antara gejala utama adalah:

  • Keletihan
  • Demam
  • Sakit perut
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Cirit-birit
  • Muntah

Sekiranya tidak dirawat, gejala tersebut boleh berterusan hingga menyebabkan komplikasi seperti pendarahan dan kebocoran salur penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya.

Mereka yang dijangkiti juga boleh menjadi pembawa bakteria tanpa menunjukkan sebarang gejala. Pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui pengendalian makanan atau minuman.

 

Bagaimana Penyakit Tersebar?

 

Walaupun negara kita mempunyai bekalan air bersih, tapi demam kepialu ni dikesan berlaku di beberapa kawasan yang mempunyai aspek penjagaan kebersihan yang rendah seperti:

  • Kekurangan liputan bekalan air minum terawat
  • Penggunaan tandas sanitari yang rendah
  • Kebersihan persekitaran dan personal yang terabai
  • Jangkitan juga disumbang oleh pengendalian makanan yang tidak mengikut tatacara yang selamat dan sihat

 

Pencegahan Penularan Penyakit Demam Kepialu

 

Kejadian Demam Kepialu di Malaysia terutamanya di KL bukanlah sesuatu yang luar biasa. Setiap tahun memang ada kes jangkitan dilaporkan. Walau bagaimanapun pihak KKM mengingatkan kepada orang ramai  supaya mengambil langkah-langkah pencegahan supaya dapat mengelakkan risiko jangkitan dan penularan penyakit.

Antara perkara yang boleh dilakukan bagi pihak individu ialah:

  • Sentiasa memberikan perhatian tinggi terhadap tahap kebersihan makanan dan minuman yang diambil.
  • Pilih gerai atau kedai makan yang bersih termasuklah pekerja-pekerja khususnya pengendali makanan yang bersih.
  • Pilih makanan yang panas dan baru dimasak.
  • Titik beratkan kebersihan diri terutamanya membasuh tangan sebelum makan, selepas makan dan selepas ke tandas.
  • Dapatkan rawatan awal dengan segera sekiranya mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih buruk.

 

Sumber: Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah

 

Langkah-langkah pencegahan penyakit tifoid daripada merebak
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah penularan demam kepialu

 

Lebih Sihat Dan Lebih Jimat Dengan Hidangan Home Cooked!

 

Sebaiknya the best is kita masak sendiri di rumah kerana home cooked meal lebih menjimatkan dan menyihatkan juga sebab lebih berkhasiat dengan zat dan nutrien. Rasa pun of course lebih sedap! Bagi ibu-ibu pulak mesti nak anak dan keluarga merasa air tangan sendiri. Bila masak tu boleh berzikir dan berdoa, khasiat makanan tu membantu membentuk peribadi keluarga tau.

Saya memang jarang makan di luar. Kalau beli pun memang tengok-tengok juga tempatnya bersih ke tak dan pilih certain jenis makanan saja. Saya memang tak lalu makan kalau tengok tukang masak atau tukang jualnya tak berapa semenggah penampilannya. Sebab saya terfikir macam mana perangai dan peribadi si tukang masak tu masa sediakan makanan yang saya pesan. Erk.

Semoga kita sentiasa beringat untuk menjaga kebersihan dan kesihatan pada tahap optimum agar kesihatan diri dan orang tersayang sentiasa terjamin, insyaAllah.

Sebagai ibu terutamanya, semoga kita selalu dapat menyediakan makanan halal lagi suci serta berkhasiat untuk pembentukan peribadi, rohani dan jasmani orang-orang tersayang

 

 

Share the love,

Hazrina Nasir

ID 951 651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu