Detox Dengan Herb-Lax Untuk Atasi Sembelit, Kempiskan Perut, Cuci Usus Dan Buang Toksin

Kini makin ramai orang ada kesedaran pentingnya detox. Herb-Lax Shaklee produk detoksifikasi yang sangat bagus untuk cuci usus, buang toksin, atasi sembelit, kempiskan perut dan macam-macam lagi. Julap lembut ni recommended sangat untuk orang yang mempunyai tanda-tanda banyak kotoran dalam badan contohnya badan berbau, selalu sakit kepala dan cepat lesu atau letih.

Bukan tu je, berat badan susah nak turun, nafas berbau dan selalu jatuh sakit pun boleh jadi sebab darah kita kotor. Untuk buang toksin, kita perlu detoks. Herb-Lax berfungsi dengan cara pembersihan usus. Segala lendir dan kotoran yang terlekat pada dinding usus dapat dibuang melalui najis.

Bila dinding usus bersih, nutrien berkhasiat yang kita dapat daripada makanan tak terbazir sebab dapat diserap dengan efektif ke dalam sel-sel badan. Pernah dengar tak orang kata kebanyakan punca penyakit adalah daripada perut? Sebenarnya memang betul pun. Jadi perut yang sihat membantu badan mencegah permulaan kepada macam-macam jenis penyakit.

 

Herb-Lax bantu atasi sembelit, kempiskan perut, buang toksin dan detoks.
Habang: “Si Hijau ni nak kena baham ni! Gahhh!”.

 

Kelebihan Dan Keistimewaan Herb-Lax Shaklee

 

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu Alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckthorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.

Produk ini menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut dan telah terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh dalam jangka masa panjang.

 

Bahan-Bahan Dalam Herb-Lax

 

Herb-Lax dihasilkan daripada formulasi yang dipaten. Haa jangan main-main. Ini bukan sebarang julap. Bukan main bancuh dan tumbuk kat dapur belakang rumah. Tapi resepi dia tu ada paten tu. Setiap herba semulajadi dalam Herb-Lax mempunyai fungsi istimewa masing-masing:

  1. Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  1. Buckthorn Bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  1. Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
  1. Fennel Seeds – Mengeluarkan toksin terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut.
  1. Anise Seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  1. Rhubarb Root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.
  1. Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  1. Culver’s Root – Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
  1. Alfalfa Leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.

 

Kebaikan Dan Manfaat Utama Herb-Lax

 

Herb-Lax adalah julap lembut yang baik untuk detoks dengan cara cuci usus dan darah.
Herblax Shaklee bantu atasi masalah sembelit, perut buncit dan banyak toksin dalam badan.

 

Penggunaan Herb-Lax Shaklee secara konsisten dapat membantu:

  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

 

Perhatian!

Untuk mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala dibawah keadaan normal, Herb-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.

 

Produk Favorite Keluarga Dan Kawan-Kawan!

 

Kalau nak tau, Herb-Lax ni ramai peminat dia. Kawan-kawan dan keluarga saya suka sangat Herb-Lax ni sebab sangat-sangat membantu melancarkan pembuangan air besar tiap-tiap hari. Takdelah terseksa bertapa lama-lama dalam tandas. Serba tak kena dan tak selesa jadinya kalau tak dapat buang banyak hari kan. Boleh jadi sakit kepala grrr! Gitu.

Bila usia dah meningkat ni masing-masing pun makin ada kesedaran nak jaga kesihatan dan nak elak penyakit. Selama hari ni ikut je nafsu apa nak makan. Tapi tak pernah nak servis perut tu. Kalau longkang rumah kita boleh cuci. Boleh bayangkan tak usus kita tu macam mana rupanya kalau tak cuci? Jadi, Herb-Lax ni dah jadi macam best friend hari-hari kena ada bersama.

Kalau anda pun nak berkawan baik dengan Herb-Lax ni, boleh segera hubungi saya. Harga sebotol hanya RM 52.50 (belum termasuk pos) dan sebotol ada 120 biji. Memang super mampu milik. Kena cuba dan rasa baru tau sedap dan bestnya badan bila dah dicuci dengan Herb-Lax ni. 😉

 

Beli sekarang! Klik untuk terus buat pembelian dan pembayaran online melalui sistem eSell Shaklee.

 

 

Dapatkan produk berserta diskaun 15-25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang 🙂

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

This Post Has One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu