Legakan Pedih Ulu Hati Akibat Gastrik Dan Hilangkan Rasa Loya Dengan Peppermint Ginger Plus Yang Berangin

Bila mulut dan tekak rasa tak sedap dan payau semacam, bila makan sesuatu yang berangin memang rasa lega sangat. Macam Peppermint Ginger Plus yang sangat membantu melegakan pedih ulu hati akibat gastrik dan juga boleh hilangkan rasa loya sebab alahan mengandung ataupun mabuk laut.

Selain tu, tablet herba ni juga sesuai untuk atasi rasa mual, nak muntah, sakit pedih perut, asyik rasa nak sendawa sebab banyak angin dalam badan dan lain-lain yang kebanyakannya berpunca daripada masalah penghadaman dan pencernaan.

 

Hilangkan mual, loya, pening-pening, heart burn, pedih perut, mabuk laut, sakit perut, perut kembung dengan Peppermint Ginger Plus
Mual, loya, pening-pening, heart burn, pedih perut, mabuk laut, sakit perut, perut kembung semuanya buat rasa tak selesa!

 

Selalunya yang alami situasi-situasi yang begini adalah penghidap gastrik, ibu mengandung, orang yang ada masalah hormone tak seimbang, orang yang banyak angin dalam badan dan ramai lagi. Kalau anda salah seorang yang selalu alami ketidakselesaan yang macam ni, memang wajib lah stand by sebotol kat rumah masing-masing untuk kegunaan bila perlu.

Jangan main-main. Pedih ulu hati tu terutamanya, boleh buatkan diri rasa serba tak selesa dan tak kena. Nak tidur pun tak boleh. Walaupun saya cuma alami masa tempoh mengandung, tapi seksanya tu ishhh teringat-ingat sampai sekarang!

 

Kelebihan Dan Keistimewaan Peppermint-Ginger Plus

 

Tablet berangin ni diperbuat daripada kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur. Yang dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains dan terkini. Secara klinikal produk ini sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

 

Kebaikan Dan Manfaat Utama Peppermint-Ginger Plus Shaklee

 

Peppermint Ginger Plus baik untuk hilangkan pedih ulu hati dan rasa mual atau pening-pening
Peppermint Ginger Plus mempunyai rasa berangin dan beri keselesaan pada tekak dan badan.

 

Setiap bahan utama dalam Peppermint Ginger Plus mempunyai fungsi yang khusus:

 

1. Pudina

Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.

Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

 

2. Halia

Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim saliva untuk mencernakan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).

Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita. Penyelidik di Switzerland mendapati halia berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia berkesan dalam merawat/ mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/ pengembaraan.

 

3. Pokok Adas (fennel)

Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, ia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

 

4. Cekur Manis (anise)

Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga didalam badan dan lembut pada perut.

 

Wow banyak juga manfaat Peppermint Ginger Plus ni! Walaupun bahan-bahannya sebenarnya daripada rempah-ratus yang kita boleh jumpa daripada dapur rumah je tapi kalau nak makan sendiri yang belum diproses mestilah tak lalu.

Tablet produk ni dah diproses dengan kaedah yang sesemulajadi mungkin dan dijadikan kepada bentuk yang sangat mudah untuk dimakan. Kita boleh telan je atau kunyah ataupun rendam dalam air suam dan minum macam air teh herba. Boleh titiskan lemon kalau nak sedap lagi.

Harga sebotol Peppermint Ginger Plus wallah sangat lah mampu milik. Hanya RM45.00 (belum termasuk pos) dan ada 90 biji tablet dalamnya. Selain tu, antara produk lain yang sangat bagus untuk membantu melancarkan penghadaman ialah Herb-Lax dan Alfalfa Complex. Setiap satu produk Shaklee ni mempunyai kelebihan tersendiri.

 

Beli sekarang! Klik untuk terus buat pembelian dan pembayaran online melalui sistem eSell Shaklee.

 

 

Dapatkan produk berserta diskaun 15-25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang 🙂

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

This Post Has One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu