6 Perkara Ibubapa Perlu Ingat Dalam Mendidik Dan Membesarkan Si Manja Tersayang

Semua ibubapa mahukan anak yang bijak. Dalam mendidik dan membesarkan si manja tersayang, ada beberapa perkara yang ibubapa perlu ingat ataupun take note in mind sejak sebelum menimang cahayamata lagi. Ini penting supaya anak yang bakal dilahirkan dapat berkembang pada kadar optimum dan positif.

Usaha mendidik dalam membesarkan anak tersayang boleh dimulakan oleh ibubapa seawal mungkin agar anak boleh membesar menjadi orang yang cemerlang. Bukan saja sebaik lahir ataupun sejak daripada dalam kandungan, bahkan sebelum kehamilan lagi sudah boleh dimulakan.

 

Tips melahirkan anak cemerlang
Ingatan untuk ibubapa dalam melahirkan anak yang cemerlang

 

Pendidikan awal terhadap anak boleh bermula dengan peribadi ibubapa sendiri. Sebab tu dalam panduan mencari jodoh dalam Islam salah satu kriteria yang disebut ialah cari pasangan yang baik agamanya. Kalau dah mengandung, ibubapa disarankan pula untuk istiqomah dengan amalan-amalan rohani semasa kehamilan.

Manakala bila dah lahir, ibubapa dah boleh pun mula memberikan pendidikan kepada anak. Biar betul? Baru keluar perut je kot? Takkan nak suruh baca buku? Hihi ­čśÇ Pernah juga kawan-kawan saya tanya umur berapa boleh mula ajar anak?

Ok sebenarnya nak ajar baby tak semestinya bermakna kena guna buku. Untuk bayi, kita perlu beri banyak rangsangan kepada pancaindera mereka sebanyak mungkin.

 

6 Perkara Ibubapa Perlu Ingat Ketika Mendidik Sepanjang Tempoh Membesarkan Si Manja Tersayang

 

Sebenarnya hari ni saya nak tekankan tentang 6 perkara yang ibubapa perlu tahu dan ingat, sebagai persediaan sebelum menimang cahayamata ataupun selepas kelahiran anak tersayang.

 

1. Setiap Anak Yang Lahir Adalah Unik Dan Mempunyai Keistimewaan Tersendiri

Ibubapa perlu ingat, setiap bayi adalah berbeza antara satu sama lain walaupun kembar. Mereka mempunyai kemahuan dan tindakbalas berbeza. Walaupun melalui peringkat perkembangan yang sama, tapi ada yang laju sikit ada yang lambat sikit. Contohnya, selalunya baby pandai duduk dulu sebelum berjalan. Tapi masa yang tepat dia mula duduk dan berjalan tak sama dengan baby lain.

Ingat, jangan bandingkan perkembangan anak dengan bayi lain. Teruskan memberi galakan dan raikan setiap kemajuan anak! Namun begitu, setiap bayi dijangka perlu mencapai kemahiran yang sepatutnya seperti dalam carta tempoh perkembangan normal. Jadi, adalah penting juga untuk parents monitor pencapaian anak sebagai pengesanan awal sekiranya anak ada masalah.

 

2. Bayi Mula Belajar Dengan Pesat Sejak Daripada Mula Dilahirkan

Dalam tempoh 2 tahun pertama kehidupan, otak bayi berkembang pada kadar yang sangat pantas. Oleh itu, sangat penting sebenarnya untuk ibubapa memberikan sebanyak boleh stimulasi dan rangsangan kepada bayi.

Walaupun pada usia ni kadang-kadang diorang ni nampak macam tak berminat, tak beri respond, nampak macam tak faham dan sebagainya but it’s ok sebab sebenarnya otak baby ni macam tape recorder. Otak diorang akan menyerap dan merakam sebanyak yang boleh. Jadi daripada lahir hinggalah usia 4 tahun, dedahkan anak dengan pelbagai perkara baru.

 

3. Bayi Menggunakan 5 Pancaindera – Deria Rasa, Pendengaran, Penglihatan, Sentuhan Dan Bau Untuk Meneroka Kehidupan

Adalah penting untuk memperkenalkan bayi kepada pelbagai benda yang baru dan menarik untuk dilihat, dirasa, dipegang, disentuh dan bermain. Bawa baby jalan-jalan di luar rumah supaya dia dapat pengalaman merasai pelbagai keadaan persekitaran.

Bagi dia sentuh air suam, air sejuk. Beri dia pegang permukaan lembut, licin, berbulu ataupun bubble wrap untuk direnyuk! Sediakan makanan yang pelbagai rasa dan warna untuk baby anda bereksperiman. Dan yang paling penting mestilah perlu bersama-sama dengan anak untuk lakukan aktiviti-aktiviti tu bersama-sama. Barulah baby enjoy nak berseronok dan bermain. Kan?

 

4. Setiap Ahli Keluarga Memainkan Peranan Penting

Baby boleh cam suara dan wajah orang yang dia selalu dengar dan tengok. Oleh itu ahli keluarga terdekat jangan lupa selalu luangkan masa untuk beri perhatian, kasih sayang, dan penjagaan kepada bayi. Bayi sangat suka didampingi orang yang dia kenal dan rapat. Dia rasa sangat selesa, selamat dan disayangi. Ini membantu baby membesar dengan optimum.

Bayi yang dipenuhi keperluan emosinya lebih berupaya untuk membesar sebagai anak yang berdikari, cerdik, matang dan baik daripada segi tingkah laku.

 

5. Sediakan Persekitaran Yang Selamat Dan Menyeronokkan Untuk Anak

Persekitaran, aktiviti, dan bahan permainan yang disediakan sepatutnya perlulah selamat dan bersesuaian dengan tahap perkembangan bayi. Ini penting supaya dapat memberi ruang dan peluang kepada anak untuk explore.

Ini juga dapat membantu dan menyokong anak melakukan perkara yang dia suka mengikut kemahiran. Dan dalam masa yang sama, boleh juga mencabar keupayaan bayi untuk lebih berusaha mencapai perkembangan yang seterusnya.

 

6. Penyusuan Susu Ibu Adalah Yang Terbaik Untuk Ibu Dan Bayi

Sekiranya berkemampuan dan ada rezeki, ibu disarankan untuk cuba memberikan susu ibu kepada bayi. Breastfeeding boleh memberikan special bonding moment antara bayi dan ibu. Ini kerana semasa menyusukan, anak akan dapat merasa sentuhan fizikal dan kehangatan badan ibu. Belaian dan dakapan adalah satu cara memberikan bayi rasa tenang, selesa, disayangi dan selamat.

Ibu digalakkan memberikan susu ibu kepada bayi sepenuhnya sehinggalah berusia 6 bulan. Lepas tu ibu digalakkan meneruskan penyusuan sehingga lengkap tempoh 2 tahun. Ikhtiar memberikan susu ibu yang kaya dengan khasiat dan antibodi membantu menguatkan sistem imun anak. Anak yang sihat lebih mudah untuk meneroka dan belajar menguasai kemahiran baru.

 

Ok cukuplah 6 perkara utama ni yang para mommy dan daddy perlu ingat sepanjang membesarkan anak terutamanya ketika setahun pertama kehidupan. Beri sokongan sepatutnya yang optimum supaya anak dapat membesar menjadi insan hebat yang cemerlang dengan caranya yang tersendiri! ­čśë

 

 

Share the Love,

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu