Assalamualaikum,

Hi! Saya Hazrina Nasir. Seorang Mama dan isteri. WAHM yang gembira bekerja dari rumah sebagai online marketer, pengedar Shaklee seluruh Malaysia. Parenting, lifestyle dan mommy blogger sejak tahun 2006 bermula dengan menulis di blog HazrinaNasir.Com. Manakala blog MamaWidad.Com ini pula adalah blog perkongsian kesihatan berkaitan kehamilan, berpantang, penyusuan, tips dan petua, kecantikan dan kesihatan serta produk Shaklee.

Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa (SAHM) yang memiliki ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sejak beberapa tahun lepas saya memilih untuk menukar status sebagai ibu bekerja dari rumah (WAHM) dengan menjalankan bisnes online Shaklee sambil menguruskan anak-anak dan suami serta rumahtangga dengan tangan sendiri.

Perkenalan saya dengan Shaklee bermula daripada ibubapa saya dan keluarga kami memang mengamalkan Shaklee secara konsisten sejak lebih 10 tahun lepas. Sebagai pengguna yang berpuas hati dengan kesan produk Shaklee dalam meningkatkan kesihatan kami sekeluarga secara keseluruhan, saya juga sangat yakin dengan kualiti dan keselamatan produk Shaklee yang sentiasa bersandarkan fakta, teknologi sains terkini dan bukti klinikal.

Produk Shaklee adalah berasaskan semulajadi, selamat, sihat dan terbukti berkesan dengan ujian saintifik. Produk Shaklee dicipta dan diuji oleh lebih 60 saintis Shaklee dengan lebih 55 produk patents dan patent-pending. Malah lebih 70 ujian klinikal Shaklee telah diterbitkan dalam jurnal kesihatan yang menjadi rujukan pelbagai pihak. Dan jumlah ini semakin bertambah setiap tahun.

Ditambah pula dengan latar belakang Shaklee Corporation yang sangat kukuh, iaitu ditubuhkan pada tahun 1956 dan malah sejarah terciptanya jenama Shaklee itu sendiri sudah pun bermula pada tahun 1915 iaitu lebih 100 tahun yang lepas. Berserta sistem perniagaan yang sangat jelas, telus, adil dengan sistem compensation plan Shaklee yang dipatenkan, membuatkan saya secara tak langsung berminat untuk menjadi seorang pengedar Shaklee yang sah.

Pengedar Shaklee Semenyih, Selangor dan seluruh Malaysia
Pengedar Shaklee Kajang, Semenyih, Selangor dan seluruh Malaysia.

 

Bermula sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang berkongsi kebaikan Shaklee menggunakan platform blog, secara perlahan-lahan kini saya mula serius menjalankan bisnes Shaklee secara online untuk menjana pendapatan. Status WAHM memberikan privilege kepada saya untuk berbisnes secara flexible from the comfort of my home. Menjadi WAHM juga membuka mata dan minda saya untuk berani berimpian dan mencipta success story sendiri.

Blog MamaWidad.Com diwujudkan dengan tujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan kesihatan dan juga kebaikan produk Shaklee dalam membantu mempertingkatkan lagi kualiti kehidupan. Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat membantu para pembaca memperoleh manfaat dan memperbaiki amalan gaya hidup sihat. Kesihatan adalah kekayaan yang sebenar.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk menjaga amanah tubuh badan sebaik yang boleh. Semoga dengan ikhtiar menitikberatkan kesihatan dari awal, membolehkan kita meniti kehidupan di hari-hari tua yang akan datang dengan lebih sihat, selesa, gembira dan bahagia. Serta dapat fokus dengan tenang dalam memperbanyakkan amal ibadat dan berinfaq sebagai bekalan akhirat. InsyaAllah.

Sekiranya anda ingin menambah pendapatan ataupun bercita-cita ingin memulakan bisnes, Shaklee adalah pilihan yang terbaik. Dengan modal kecil, cara bisnes yang sangat fleksibel, risiko yang sangat minimum dan support group yang sangat awesome, adalah sangat mudah untuk anda mula berniaga. Dengan semangat, kerajinan, kesabaran dan disiplin yang tinggi anda boleh jana pendapatan 3, 4 atau 5 angka (you decide!), insyaAllah. Ketahui bagaimana caranya saya menjalankan bisnes Shaklee secara online menggunakan platform blog dari rumah.

It starts with YOU!

 

 

Your Shaklee Business Mentor & Your Preferred Shaklee Independent Distributor,

Hazrina Nasir

ID:  951651

Whatsapp: 019 269 2301

Ikuti personal blog saya di hazrinanasir.com

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah dan berdaftar dengan Shaklee Products (M) Sdn Bhd. Nombor pendaftaran perniagaan Shaklee Malaysia ialah [381287-T] dan nombor lesen jualan langsung ialah AJL93747.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu